Achunan owh Achunan..sebagai seorang ibu yang belom sampai tahap sempurna, hakak selalu rasa "fail" bila anak-anak sakit..demam, batuk, selsema tu memang biasa la kan..dan bila anak ramai dan jarak umur pon dekat-dekat..mula sorang demi sorang berjangkit bila salah sorang mula sakit..hakak tak biasekan anak-anak masuk hospital..selain hakak bawak pergi klinik, hakak boleh pantau sendiri keadaan anak-anak..kalau nothing worst, hakak ok aje..biase sakit-sakit ni sembuh within a week la..dania masa umur setahun pernah warded sebab cirit birit..yet dok hospital lama-lama pon just masuk air dan minum air garam..selepas tu, asal anak-anak lain cirit birit..hakak pantau aje kat rumah..janji makan minum & aktif..
Muaz pernah masuk hospital sebab choking masa umur dia 48 hari..yang tu seriau sikit..Alhamdullilah nothing serius..Ammar pernah dibawa ke kecemasan sebab hidung berdarah..pon sebab demam..doc nak masuk wad tapi hakak kata pantau 24 jam aje dulu..mandikan dia..masuk air..rest..kat bilik isolation hospital then boleh balik..
Sampai kat achunan, mula-mula dia demam..bagi makan ubat then sembuh..seminggu lepas sembuh dari demam, dia mula batuk berkahak..
20 Mei 2016, hakak sepatutnya kerja malam..sebelum pergi kerja, hakak cakap kat en.sha, jomla bawak achunan pergi klinik, kang hakak tak ada, risau pulak achunan tak boleh tido sebab batuk..kami bawak la ke klinik biase..doc check bagitau nafas achunan berbunyi sikit..kena neb..lepas neb, doc kata masih tak ok..dan-dan tu jugak doc buat surat refer ke Hospital Tuanku Jaafar..cuak woiii!!
Sampai hospital, terus ke zone kuning, doc situ check then teros kena transfer ke zon merah!!..dalam hati hakak, ehhhh..terok ke sakit achunan ni?? tak lama lepas tu, doc pakar dari icu sampai..dia check..dia kata achunan ok..tak perlu masuk icu..huwarghhh..adakah tadi doc kat red zone buat keputusan nak masukkan dia dalam icu?? nangis makkkk..doc decide pasang oksigen aje..then masuk wad..
Bila dah neb ikut masa, barula kurang sikit bunyi kahak tu..tapi batuk still ada..ehhh..lupa nak bagitau, achunan ada kesukaran bernafas waktu tu..struggle to breathe bak kata doktor..asal tarik nafas, perut dia berlekuk..gitu! duduk hospital 4 hari 3 malam..dari pakai oksigen kat hidung, neb then pakai pancit-pancit macam orang kena semput tu..doc bagi ubat cair kahak..alhamdulillah berkurangan..achunan pon nampak aktif..asal nurse masuk bilik nak check suhu..dia panggil maaa..maaaa..ehhhh..semua la mama kau..hehe..kahak achunan pon di ambil sample dan result nye negatif..means bebas dari penyakit kronik a.k.a merbahaya..kena masukkan tiub halus dalam hidung masa nak amik kahak tu..tapi nurse tu terer la..sap sap soi aje dia buat..achunan tak sempat nangis pon..heeeee..
Wad kanak-kanak HTJ dah duduk kat bangunan baru..bila kata baru, mestilah bersih dan selesa..hehe..satu bilik ada 4 katil, 1 bilik air, ekon..kerusi biru tu adalah chair by day and bed by night..boleh la setakat nak melelapkan mata kan..achunan tido lena..cuma anak-anak yang lain ajela kejap-kejap menangis..nama pon tak sihat..en.sha pon senang nak keluar masuk..dapat la hakak mandi, makan, nap bila en.sha datang..tapi tetap la asik dok ulang-ulang kat doc, bila boleh balik..hehe..
Diuji sedikit, pon rasa tak tertanggung..tapi bila tengok anak-anak lain yang lagi bad sakitnya, rasa..Ya Allah..kesian tengok anak-anak tu..kesian jugak tengok parent mereka..kita yang melihat ni hanya mampu berdoa agar Allah segera memberi kesembuhan dan kelapangan dalam setiap urusan mereka..
Terima Kasih yang datang visit..hakak beno nye..bukan tak bagi kome datang spital tapi HTJ ni payah parking, kanak-kanak bawah 12 tahun pon tak boleh masuk..paham la yeee..yang bagi angpow untuk achunan, yang bagi air zam-zam, bagi minyak sapu kat dada achunan, thanks kat mama Hasnah dan atuk Nan datang dari muar bagi air doa ustaz..Achunan dah sihat sepenuhnya skang ni..doc pesan anak-anak bawah 5 tahun sangat fragile..kalau boleh, elakkan bawak anak-anak tempat crowd..tempat terkepam..insyaAllah..semoga semua anak-anak sihat dan gembira hendaknya..aminnnn