Nuffnang Ads

Friday, January 15, 2016

Cuti

Selamat hari Jumaat..pagi ni mood kurang baik..asik nak menengking je dari tadi..mostly pada perkara-perkara yang sangat annoying..tarik nafas dalam-dalam pon tak cool juga..dah la hari jumaat..kurang pulak rasa keberkatan..ishhhh..nama pon manusia biasa..layan kan ajela..mehla hakak nak cerita sikit pasal semalam..negeri sembilan bercuti umum..plan nak pergi mall jauh sikit sebab nak beli baju anak-anak untuk sambut birthday achunan nanti..tapi masing-masing bangun lambat..kihkih..celik mata je terus cakap kat en.sha, kita bagi bibik cuti la harini..mintak tolong mama bawak dia jalan-jalan..bukan hakak tak nak bawak kan..kang meleceh dengan askar-askar ni lagi..macam tak cuti pulak bibik tu kang..bior la dia berjalan dengan mama..boleh dia mencuci mata dan leisure2..sian pulak dia..asik duduk rumah dan buat kerja..takde rehat..ehhhh..banyak rehat jugak dia tu beno nye..pagi semua pergi sekolah..lepas anak-anak balik sekolah ajela dia hectic sikit..by time hakak balik kerja..memang dia tak uruskan anak-anak dah..pukul 10 malam semua dah tido..weekend lagi la..memasak semua hakak yang buat..rumah pon bukan beso sangat macam istana..heeee..
semua siap-siap mandi, breakfast kat luar..mana lagi tempat sarapan bekpes kami kalau bukan kedai capati kat jalan jelebu tu..situ memang selalu penuh..pernah kena berdiri tunggu turn nak dapat meja..makan capati cicah sambal sardin..perghhhh i tell you..situ pon kadang-kadang hakak annoying sebab orang ni dah sudah makan tapi tak reti beredar..tak de sense nak bangun dan bagi orang lain pulak duduk..dok la sembang buat tak tau..eeee..tolong la..so, apa hakak buat?? selalunya hakak berdiri je tepi meja dia..haha..tengok la si achunan sedap tido..perut dah kenyang ler tu..achunan pon feveret dia capati ni..sebab lembut..senang dia nak menguyah..siannnn..member belum ada gigi..next..nak cari buku dania..en.sha suka belikan buku cerita..nak bagi dania rajin membaca sikit..berlatih skill membaca..
kalini cari kat kedai buku sinaran..kat seremban 2..dalam pasaraya rapid yang hidup segan mati tak mau tu..hehe..suka pergi situ sebab senang nak parking..tapi macam scary sikit la tengok bangunan nya..macam..eeee..takutnyeeee..tapi bila masuk..ok je..macam-macam je ada dalam tu..anak-anak ni seronok je masuk kedai buku..bukan pilih buku nak baca or buat latihan..dorang suka pilih buku yang nak kaler-kaler tu..yang ada sticker nak tampal-tampal tu..layan kan aje la..amik nakkk amikkk..best nya kedai buku sinaran ni sebab ada cafe dan ruang untuk membaca..selesa..bersih dan sejuk..ada la jugak dalam satu jam kami habiskan masa dalam kedai buku tu..kill the time dengan aktiviti yang berfaedah..en.sha jenis suka membaca..hakak pon suka jugak..so..kami nak, anak-anak kami pon mestila suka membaca..kami nak buat mini library kat rumah tu pon..tapi belum gerak-gerak lagi nak beli almari tu semua..buku je dah bertimbun-timbun..yang dalam stor tak payah cakap la kan..ntah bila nak ngemas hoiiii..
settle semua, balik rumah..lepas lunch, semua hakak suruh nap..kihkih..anak-anak hakak ni kalau tak nap siang..nanti buat perangai..nak-nak dak muaz tu..maghrib-maghrib tido..pastu dalam pukul 10malam bangun..pastu orang nak tido, dia tak boleh tido..hakak is dont like..nyusahkan diri dia sendiri jugak tau..jadi, memang hakak ajar semua waktu tido yang betul..anak-anak tido, hakak pon tido..lepas asar terjaga tengok en.sha takde..pergi gym tak hajak..heeeee..boring ler tu nengok isteri tercinta dok tidoooo jeeee..apa nak buat lagi..hakak bukan jenis suka nengok tv..nak menjahit membaking, tak reti pulak..haha..
petang tolong dania buat homework..lepas maghrib anak-anak semua da dinner, kami pon keluar la berdating..hurmmm..ni memang peel kami somi isteri..suka ngeteh aka ngopi..kat mana-mana pon tak kisah..suka la dok sembang berdua sambil minum-minum..tengok gelagat orang..ngumpat sikit-sikit..hahahhaa..aktiviti ngeteh ni bukan weekend je..weekday pon kami selalu buat..nanti kami buat la laporan masing-masing, apa aktiviti sepanjang hari..seronok tau..hakak ni selalu rasa, en.sha ni bukan setakat suami je..tapi bestfren jugak..semua benda kena share..seronok bersembang berdua dengan dia..semoga keseronokkan ni lasting forever..amin! you all buat apa weekend ni?? habiskan masa dengan family seronok kan?? hakak kerja, ada kenduri dan kena attend meeting AnggunTiara yang pertama dalam tahun 2016..chaiyok!!

No comments:

Post a Comment