Apsal ABC??..sebab senang beno nak membuatnye..ni nasi goreng weekday..kalau nak letak udang sotong yang bombastik fantastik tunggu weekend eh..hakak punye style, dalam petiais mesti ada makanan wajib ada..kalau filem wajib tayang..hakak wajib ada..gitchu! Fish cake, fish ball, mix veggie, ikan bilis, cili padi selain adik beradik bawang..sebab..benda tu semua macam-macam kita boleh masak..haaaa..
Bahan-bahan senang je..then petua nak bagi sedap..mesti campak-campak..kalau korang ikot sukatan confirm tak sedap..haha..biase kalau hakak nak buat nasi goreng, hakak akan masak nasi tu sehari sebelum..kira biorkan semalaman la..nasi goreng ni jadi sedap sebab pakai nasi semalam..betul tak?? Tak caya, cuba..
Bahan-bahan :
A) Nasi putih semalam
Minyak masak
Garam
B) Bawang merah kecil 2 biji
Bawang putih 1 biji
Ikan bilis
Tumbuk dalam lesung..jangan kisar ye..
C) Fish cake
Mix Veggie
Cili padi
Telur
Cara-cara :
Panaskan minyak masak..tumis bahan B yang telah ditumbuk..masukkan garam..campak bahan C dalam kuali..kacau-kacau sampai masak..masukkan nasi putih semalam..pastu..buat lubang, pecahkan sebiji telur..kacau-kacau..siap!
Sedap weiiiii..makan panas-panas..kalau dah sejuk tak sedap dah..sesuai di bawa bekal ke sekolah dan tempat kerja..berjimat cermat amalan mulia..
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment